#rocking-rolling { width:auto; height:52px; text-align:left; font-family:"Trebuchet MS",sans-serif; font-size:16px; font-style:normal; font-weight:bold; text-transform:uppercase; } #rocking-rolling h2, #rocking-rolling p, #rocking-rolling form { /* netralisasi tampilan elemen heading, paragraf dan formulir */ margin:0 0 0 0; pading:0 0 0 0; border:none; background:transparent; } #rocking-rolling .item { position:relative; background-color:#f0f0f0; float:right; width:52px; margin:0px 5px; height:52px; border:2px solid #ddd; -webkit-border-radius:30px; -moz-border-radius:30px; -webkit-border-radius:30px; -webkit-box-shadow:1px 1px 3px #555; -moz-box-shadow:1px 1px 3px #555; box-shadow:1px 1px 3px #555; cursor:pointer; overflow:hidden; } #rocking-rolling .link { left:2px; top:2px; position:absolute; width:48px; height:48px; } #rocking-rolling .icon_home {background:transparent url(http://3.bp.blogspot.com/-fuX8vT6cIzs/TlXFJXROx2I/AAAAAAAAAxE/D1kiRmSFBy4/s1600/home.png) no-repeat top left;} #rocking-rolling .icon_mail {background:transparent url(http://2.bp.blogspot.com/-FaTjV0LsMXQ/TlXFJ_5vpxI/AAAAAAAAAxc/JRPFgDCZ6lg/s1600/mail.png) no-repeat top left;} #rocking-rolling .icon_help {background:transparent url(http://4.bp.blogspot.com/-l7M2zGOJAQo/TlXFJ0YZR6I/AAAAAAAAAxM/32acLuLn_r8/s320/help.png) no-repeat top left;} #rocking-rolling .icon_find {background:transparent url(http://4.bp.blogspot.com/-ZIEGzN0LZCg/TlXFJ8WVzEI/AAAAAAAAAxU/2-oDKLYjsKw/s1600/find.png) no-repeat top left;} #rocking-rolling .icon_photos {background:transparent url(http://4.bp.blogspot.com/-IwFEevO-np8/TlXFKFu47FI/AAAAAAAAAxk/aejG1YmQumc/s1600/photos.png) no-repeat top left;} #rocking-rolling .item_content { position:absolute; height:52px; width:220px; overflow:hidden; left:56px; top:7px; background:transparent; display:none; } #rocking-rolling .item_content h2 { color:#aaa; text-shadow:1px 1px 1px #fff; background-color:transparent; font-size:14px; } #rocking-rolling .item_content a { background-color:transparent; float:left; margin-right:7px; margin-top:3px; color:#bbb; text-shadow:1px 1px 1px #fff; text-decoration:none; font-size:12px; } #rocking-rolling .item_content a:hover {color:#0b965b;} #rocking-rolling .item_content p { background-color:transparent; text-transform:none; font-weight:normal !important; display:none; } #rocking-rolling .item_content p input { border:1px solid #ccc; padding:1px; width:155px; float:left; margin-right:5px; -webkit-box-shadow:none; -moz-box-shadow:none; box-shadow:none; }
Loading...

Senin, 05 September 2011

Resepi


http://1.bp.blogspot.com/-WXc73hupIFU/Td9tYQxaLzI/AAAAAAAAAkY/GlLd2DT2l4w/s400/cucur%2Budang.bmp




BAHAN-BAHAN

500 gram tepung gandum

20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)

1 mangkuk kecil tauge

1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)

1 biji telur

1 biji cili merah (hiris halus)

2 biji bawang merah (racik halus)

Garam secukup rasa

1/2 sudu teh gula

Sedikit kunyit

Air secukupnya

Minyak utk menggoreng


KUAH

2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)

6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)

1 biji bawang merah

1 biji bawang putih

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air asam jawa

Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

Panaskan minyak.Jumputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.

Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.

Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

RESEPI UDANG GORENG TEPUNG

http://2.bp.blogspot.com/-2UZPRffIj10/TbxBfko504I/AAAAAAAAAcE/40DyKW89eKs/s400/udang%2Bgoreng%2Btepung.jpg

BAHAN-BAHAN

Tepung jagung 1/2 cawan

Tepung beras 1/4 cawan

1 biji telur

Limau nipis airnya diperahkan

Udang 20 ekor

CARA MEMBUATNYA

Masukkan tepung tadi, garam secukup rasa dan air limau nipis. Gaulkan..

Udang yang telah dibuang kulit & dipotong belakangnya & dibuang tahi kemudian di celup ke dalam telur & seterusnya celup ke dlm tepung...then..goreng

Siap dimkn dgn sos/nasi putih

Mee Goreng Kicap

http://1.bp.blogspot.com/-NSpjIzJjZis/TgrukH6cqrI/AAAAAAAAFWk/D-i3YCOOnYk/s640/mee+goreng+kicap.JPG

Assalam dipetang Rabu yang mendung ini..to those who are fasting hari ni..selamat berbuka puasa..kalau tak tahu apa nak buka hari ni, cubalah mee goreng kicap yang tak seberapa dan simple aje ni ..hehe..
Actually menu ni kita goreng untuk my eldest & me yang berpuasa semalam...
Kenyang sungguh dan kami berebut2 bertambah mee ni..heheh.. macam challenge siapa dapat banyak dulu..hahah..lepas tu macam biasa tersengih kekenyangan... so below, is what I adjusted to my selera..sudi2kan lah ya..

Mee Goreng Kicap
Bahan-bahan :-
1 kg mee kuning
1 keping dada ayam yang besar dihirs nipi(dicuci dgn air asam)
sedikit udang
4 ulas bawang putih diketuk
2-3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2-3 biji telur-(optional)
sawi & taugeh secukupnya
Air
sedikit minyak untuk menumis + beberapa titik minyak bijan
Garam & serbuk perasa secukup rasa-(jika perlu, Ayu tak letak)

Cara-cara :-
Panaskan minyak + minyak bijan.Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.Masukkan pula cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak atau garing. Masukkan ayam & udang, serta kiub ayam, sedikit air. Biarkan seketika.Masukkan kicap, sos tiram, gaul rata. Pecahkan telur biar seketika dan kemudian masukkan mee tadi. Goreng sekejap dan akhir sekali masukkan sayur. Siap untuk dihidangkan, tomato hirisan & timun sebagai hiasan.

AYAM KAMPUNG GORENG MASAK MERAH MASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........

http://2.bp.blogspot.com/-OkBgpZ_osNw/Th8pF7FyDAI/AAAAAAAAANA/OSUJVm7Iupw/s400/IMG_0576.JPG



Alhamdulillah, sejak 2 malam lepas hujan lebat mencurah-curah .. syukur sangat-sangat... apa nak mulakan entry blog ni no idea pulak haha... macam ni la kalau dah kekurangan idea hehe....baru-baru ini wani ada masakkan ayam kampung special request dari abah.... ingat nak goreng macam tu je sebab abah wani memang suka goreng je ayam kampung ni ,, tapi dia cakap cuba buat masak merah masam manis... mesti sedap ni... ayam masak merah ni biasanya dihidangkan kalau hari majlis yang besar macam perkahwinan tu ooo.. memang sedaplah ayam masak merah sebab sos salutan dia tu memang dah serap masuk kat dalam .. wani masih ingat lagi semasa kenduri kahwin aunty baru-baru ni, ayam masak merah yang dimasak memang banyak langkahnya barulah keluar title ayam masak merah.. sebab tukang masak ni memang pandai ... sedap pulak tu dia masak.. ..dari langkah perap ayam, rebus ayam lepas tu goreng pulak ayam tu lepas tu barulah masakkan sos dia tu .. haaaa banyak langkah kan ....duhhh penat memang penat .. Tapi yang wani buat ni ringkas ala-ala malas ... tapi sedap... .hehe

http://2.bp.blogspot.com/-uImqschviX4/Th8mu4JUTiI/AAAAAAAAAM8/umfJLhk_I-A/s400/mm4.JPG


abah dah kata sedap maka sedap lah tu tak payah dok sorok2 haaaaa tukang jong makan ada tak apalah ... ^^... walaupun ayam kampung ni isinya agak liat sikit kalau kita pandai masak biar didih lama sikit .. akan masuklah sos dia tu dalam isi ayam tu barulah rasa masam manis... kan.. hari ni pun masak lagi .. stok ayam kampung banyak dalam peti ais tu .. penduduknya dah la tak ramai... wani cuba la buat versi ayam kampung masak merah sendiri.. kalau guna ayam normal pun tak apa juga.. ibu pun kata dah sedap dah ni memang dah bersalut dengan ayam sos dia tu .. serap sampai kat dalam....Bahan-bahan yang nak dimasak pun simple je tak susah-susah tapi dah sedap rasanya .. makan dengan nasi panas2 wahhh memang terbaik la ni ...tapi sebelum tu resepi ni wani tak bagi detail la ya untuk bahan-bahan kisar tu sebab wani dah buat sambal tumis segera boleh check SINI,bagi sesiapa yang ingin mencuba sambal tumis segera ni.. kalau resepi2 yang memerlukan tumisan memang wani dah buat siap2 tumisan segera ni simpan dalam peti , so senang nak masak tak lah mangambil masa yang terlalu lama... jimat masa.. kalau tak percaya cubalah... wani nak masukkan resepinya kat sini ya.


AYAM KAMPUNG GORENG MASAK MERAH MASAM MANIS
RECIPE: MY OWN RECIPE

http://2.bp.blogspot.com/-JB1gOQNXCXs/Th6yYlL58UI/AAAAAAAAAM4/kjpk--yk0pQ/s400/IMG_0574.JPG


BAHAN-BAHAN
600 gm ayam kampung ( anggaran 1/2 kg )
3 sudu besar tumis segera ( penuh bumbung )
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili

bawang kuning yang dipotong 1/2 labu
1/4 cawan air
gula secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis.

CARA-CARA
1. ayam kampung dilumurkan dengan garam kunyit dan kemudian digoreng
2. panaskan kuali masukkan sedikit minyak untuk menumis dan tumiskan tumisan segera sehingga nampak kelihatan bersinar

3. masukkan sos tomato, sos cili dan gula kemudian gaul rata barulah masukkan air dan bawang besar yang telah dipotong.
4. bila dah nampak mendidih terus masukkan ayam kampung yang telah digoreng tadi dan gaul rata,, adjustlah nak kepekatan tahap mana,, kalau wani biarkan lama sikit biar kuah tu betul-betul bersalut dengan ayam.

Mee Goreng Jawa

http://3.bp.blogspot.com/_L7BRUshoL4s/TK7GKgoxSAI/AAAAAAAAEqA/5JbKrKNJfRE/s640/mee+goreng+jawa.jpg

First time buat & rasa mee goreng jawa ni...recipe dari dapur Kak Aidah, yang duduk di Pahang..uish sedap juga rasanya tau..tapi memang pun ada leceh sikit part, nak rebus udang & ambil airnya serta nak kisar buah keras tu, tapi memanglah puashati, pada I lah ya cuma derhaka sikit sebab tambah itu & ini....mee ni dia memang basah2 gitu, sedap bila dimakan time panas2 lagi..Thanks Kak Aidah, minta izin di letakkan disini ya...

Ingredients:-

1 kg mee kunig
10 biji buah keras - dikisar halus
2 biji bwg besar - 1/2 ditumbuk halus dan yg lainnya dihiris.
5 sdm cili kering yg telah dikisar
lengkuas sebesar ibu jari - dititik
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sdm lada hitam - dikisar
1 genggam udang kering - dikisar
1/2 kg udang basah - dikopek dan diambil kulitnya dan direbus untuk dijadikan air rebusan
200 - 300 gm sotong
Sawi
Kobis
Lobak Merah-(Ayu tak letak ni)
Bunga jagung-(Ayu tak letak ni)

Taugeh-(Ayu tambah)

3 biji telur -(Ayu tambah)
2 sdm kicap pekat
2 cawan air rebusan udang

sedikit aje garam & sedikit perasa-(Ayu tambah)

Cara2 menyediakan:

Tumiskan bwg besar yang dihiris sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kering, bwg putih, lada hitam, buah keras & udang kering.
Apabila bahan tadi garing masukkan air rebusan udang diikuti dengan udang & sotong
Masukkan mee. Jika air rebusan tidak mencukupi boleh ditambah sedikit air.
Kemudian masukkan sayuran diikuti dengan kicap pekat.
Akhir sekali masukkan garam mengikut cita rasa masing2.

Seafood Oriental Delights Pizza

http://2.bp.blogspot.com/-S9XY0duVJlA/ThEiH6-RDkI/AAAAAAAADFY/qlV3gSsc9nE/s400/iklan4.jpg






Bahan-bahan doh:

3 cawan tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar yis segera(mauripan)
1 sudu besar susu tepung(optional)
½ sudu teh pelembut roti(optional)
½ sudu teh pemantap roti(optional)
1 sudu teh pizza seasoning(optional)
1 biji telur
½-1 cawan air
3 sudu minyak zaitun

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kering. Gaul rata.

2. Satukan telur dan air.

3. Masukkan campuran telur dan air sedikit-sedikit ke dalam campuran bahan kering sambil diuli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Tambahkan tepung jika doh masih melekat di tangan).

4. Tuangkan minyak zaitun dan uli lagi sehingga menjadi doh yang kenyal dan licin. (Uli lebih kurang 10 minit). Alaskan sedikit minyak pada mangkuk. Masukkan doh dan tutup dengan tuala lembap atau cling wrap. Perap selama lebih kurang 1 jam atau hingga doh naik 2 kali ganda.

5. Apabila doh telah naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk membuang angin. Uli sekali lagi selama 3 minit.

6. Doh sudah sedia digunakan.


Bahan untuk topping A:
2 ulas bawang putih-ketuk atau cincang halus
3 sudu pes tomato
sedikit air
garam gula secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:

1. Tuangkan minyak zaitun ke dalam pan.

2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan pes tomato bersama sedikit air. Gaul rata.

4. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga semuanya sebati. Tutup api dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk topping B:
2 labu bawang besar - potong separuh bulat
1 cawan cendawan butang-hiris nipis
sedikit garam dan perasa
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:

1. Tuangkan minyak zaitun ke dalam pan. Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan cendawan. Gaul rata. Masukkan garam dan perasa.

2. Kacau goreng sehingga cendawan masak sepenuhnya. Siap. Ketepikan.

Bahan-bahan topping C:
2 cawan jejari ketam(crab stick)-dipotong dalam 1 inci panjangnya
1 tin gegelang nenas-ambil nenasnya sahaja dan potong kecil
1 blok keju mozzarella-diparut

Cara-cara:

1. Bahagi 2 doh pizza tadi. Ambil satu dan canaikan. Letakkan doh di atas dulang pembakar.

2. Ratakan topping A tadi di atas permukaan doh.

3. Taburkan dengan topping B di atasnya.

4. Kemudian susun jejari ketam dan nenas pula.

5. Taburkan parutan keju mozzarella tadi ke seluruh permukaan doh.

6. Ambil satu lagi doh dan ikuti langkah yang sama di atas.

7. Biarkan 10 minit sebelum dibakar. Bakar pada suhu 200C selama 15-20 minit.

Photobucket
Topping A

Photobucket
Topping B

PhotobucketPhotobucket
Topping C

Daging Masak Asam Pedas

Salam dan selamat sejahtera kawan2 semua, moga semuanya ceria2 sentiasa. Hari ini saya masak daging asam pedas. Sebenarnya saya tak pernah masak daging asam pedas. Rasa teringin sangat nak masak, lebih2 lagi bila pergi rumah kawan2...ada yg menghidangkan masakan ini. Bila dah siap masak, kami sekeluarga pun menjamu selera di samping lauk sampingan. Alangkah terperanjatnya dan bercampur gembira, sedap sangat daging masak asam pedas ni. Saya makan bertambah2...suami dan anak2 pun memuji2 sebab sedap. Saya rasa tak rugi mencubanya. Bagi sesiapa yg minat lauk asam pedas tu, bolehlah mencubanya....bagi yg tidak tu, tengoklah je.

http://4.bp.blogspot.com/_cFUZn0lwQ4k/S8CtEUokcXI/AAAAAAAAA8k/CpBjzeAf1o8/s400/IMG_1091e.jpg
Bahan-bahan

· 1 kg daging( saya guna yg ada tulang2 sikit)

· 5 tangkai daun kesom

· 1 kuntum bunga kantan

· 1 cawan jus asam jawa

· 1 cawan cili kisar (dlm 20 btng cili kering)

· 1 sudu kecil serbuk kunyit

· Garam dan gula secukup rasa

· 1 biji bawang besar*

· 3 biji bawang putih*

· 2 inci halia*

· 1 sudu besar serbuk lada hitam*

· 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)

· Air secukupnya (3 cwn)

· sedikit belacan

· minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Daging dipotong2 cuci bersih dan toskan. Rebus hingga empuk dan buangkan airnya.

2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan daging tadi, gaul rata dan masak hingga daging lembut. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih.

4. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan, daun kesom dan tambah garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih lagi dengan api perlahan.

5. Rasa dan jika dah ok boleh matikan api dan bolehlah di hidangkan.

6. Mee Goreng Basah

7. http://i255.photobucket.com/albums/hh136/hazila_photos/MeeGorengBasah-1.jpg
Semalam dinner makan mee hoon goreng, malam ni tukar makan mee pulak. Boring juga asyik makan nasi je sebabnya pening nak memikirkan lauknya. Masak mee/mee hoon senang sebab semua dah ada kat dalam tu.

Saya suka guna resepi Tulip dari MyResipi. Dah banyak kali guna resepi ni dn my husband pun puji sedap, so stick kat sinilah dulu. Esok esok kalau jumpa resepi lain, cuba yg itu pulak. Cam biasa, saya akan buat sebahagian saja dari resepi asal.

Bahan-bahan ( 5 org makan )

* 600g mee kuning
* 2 ekor sotong
* 6 ekor udang basah
* 3 pokok sawi
* 1 sb pes lada kering
* 2 sb minyak masak
* 1/2 sb sos tiram
* 4 sb sos tomato
* 1/2 sb kicap pekat
* 3 cawan air panas
* 3 ulas bawang putih
* garam, gula & ajinomoto
* ** lada jeruk **
* cuka
* gula & garam
* lada besar hijau

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.



Mee Bandung

http://3.bp.blogspot.com/-BuLDrni0OkA/TdhwM87WpqI/AAAAAAAAAQo/lHsvQFvUyAI/s640/mee+bandung+3.jpg

Mee Bandung

My Style My Way

Bahan utk dikisar

15 tangkai cili kering ( lebih jika ingin pedas )
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Bahan bahan lain

1 mangkuk kecil daging ( potong dadu - lebih jika mahu )
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula ( ikut citarasa anda )
Garam
Sayur sawi
Mee Kuning ( cuci dahulu sebelum digunakan )
Air secukupnya
Telur
** Jika hendak letak fishball, sotong, fishcake pun boleh

http://1.bp.blogspot.com/-McFZsIY5Ric/TdhybZ8YROI/AAAAAAAAAQs/Aif3NPoS7d8/s320/mee+bandung+2.jpgCaranya

Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daging hingga garing dan pecah minyak
Bila dah garing, masukkan sos cili, sos tomato garam dan gula
Gaul rata, masukkan air ( jgn terlalu banyak hanya cukup utk buat kuah )
Biarkan ia mendidih sebentar pecahkan telur biar telur masak
Angkat dan keluarkan telur
Masukkan sayur dan mee yg telah dicuci.
Renehkan sebentar. Angkat dan sedia dihidang
Letak telur tadi diatas mee



Ayam Masam Manis Harum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, esok bermulanya bulan Rejab. Ramai rasanya kawan2 yg berpuasa. Sebenarnya hari ni lagi ada yg dah mula berpuasa sunat dan di ikuti dngn esok jumaat bersamaan 1 Rejab. Selamat berpuasa di ucapkan, semoga setiap amalan kita di terima Allah dan mendapat keberkatan dan ganjaran dari NYA.

Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi ayam masam manis harum. Selalunya ikan je masak masam manis, kali ni saya tukar pada ayam..mmng sedap. Masakkan mcm ni biasanya cepat laku dan saya mmng kerap masak lauk ni berulang kali atas permintaan anak2 dan suami. Kalau ada kawan2 yg nak merasa tu bolehlah mencubanya. Jom kita lihat bahan2nya.

http://2.bp.blogspot.com/-dqqXwFHgZ0c/TedP0JFwvqI/AAAAAAAAD2Y/_oQ76ie7BgU/s400/GEDC0151e.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-h51rS3I08ns/TedPz6raHgI/AAAAAAAAD2Q/XzA9WxTICEU/s400/GEDC0153e.jpg
Bahan-bahan

· 1/2 ekor ayam +sedikit serbuk kunyit+garam- di goreng separuh masak

· 1 labu bawang besar dihiris bulat

· 1/2 biji lada benggala- potong ikut suka

· 3 helai daun limau purut

· 1 biji buah tomato- di potong dadu

· 1 cwn hirisan nanas(saya guna dlm tin je, di potong dadu)

· 1/2 inci halia*

· 5 biji bawang merah*

· 3 biji bawang putih* ~(ditumbuk halus)

· 4 sudu besar cili kisar

· 1 cwn sos tomato atau secukupnya

· 3 sb sos cili

· 1/2 cawan air (lebih kurang)

· garam dan gula secukupnya

· minyak masak utk mengoreng ikan dan menumis

Cara-cara

1. Ayam di bersihkan, di lumur serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk & hirisan halia, sehingga wangi..

3. Masukkan cili kisar dan dikacau sehingga cili masak dan masukkan sos tomato,sos cili dan air.

4. Kemudian masukkan hirisan nanas, hirisan tomato, hirisan lada benggala dan bawang besar dan kacau rata.

5. Rasakan dgn garam dan gula. Sekiranya dah cukup rasa, masukkan ayam yg telah di goreng.

6. Gaul sebati dan boleh di hidangkan.


Bubur Nasi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Semalam busy sangat so tak sempat nak n3 kat blog ni. Boringkan asyik tngk menu yg sama je. Ok, hari ni saya masak bubur nasi utk berbuka puasa. Lagipun anak2 saya sakit tekak, so layan jelah bubur nasi ni. Bubur ni lebih sedap bila makan bersama sambal tumbuk, ikan bilis goreng, kcng tanah goreng, kangkung goreng belacan, telur masin, ikan masin, lobak masin...adoyaiiii semuanya masin...maunya darah tinggi. Sesekali layan menu mcm ni takpelah, lagipun kita ambil dlm kuantiti yg sedikit dan sebagai penambah selera. Bila dah ada sambal tu, makan pun bertambah seleralah..tak sedar dah 2 mangkuk. Kali ni saya buat bubur nasi dan kentang. Biasalah anak2 tak suka bubur kosong je, jadi tambahkan sedikit kentang. Jom kita semak resepi bubur nasi yg mudah ni.

http://3.bp.blogspot.com/-UStQrvd_yHc/Th8f6sPPrDI/AAAAAAAAEEg/qgih4-OJ0zQ/s400/GEDC0081e.jpg
Bahan- Bahan

· 2 cawan beras

· 10 cawan air

· sedikit garam

· 1/2 inci halia

· 2 biji kentang- dipotong dadu

Cara- Cara

1. Cuci beras dan masak bersama 5 cawan air, sedikit garam, halia dan kentang yg di dadu.

2. Setelah hampir kering airnya, masukkan lagi 5 cawan air dan kacau rata. Masak sehingga menjadi bubur. Kalau kurang lembut, bolehlah tambahkan air lagi.

3. Setelah siap, bolehlah hidangkan bersama sambal getuk and the gang. Saya masak bubur guna rice cooker je. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa bagi yg berpuasa.

Bakso Pengantin Baru???

Hehehe sebenarnye xde kaitan pn ngan tajuk kt ats tuh. Semalam sy try buat bakso. Pertama kali buat sendiri tdk mengecewakn wpun sy buat versi pengantin baru. Ye ke baru???keskeskeskes ase cm baru je lg. Jgn jeles lah pulak kdla yer :P Bukan ape versi pengantin baru ni versi tangkap muat..versi suka hati je nk cmpak ape yg ade. Actually sy blaja buat bakso ni dgn my mil tp sy dh ubah ikut versi sy.. heheeheh.. Resepi ni sgt ringkas n I like it sebab jimat masa, jimat tenaga n plg penting xkecah dapur comel sy. K lah sy akan share kn resepinye kt bwh ni..


http://2.bp.blogspot.com/-NF-_Zt3P6y4/TeXy9dKRQVI/AAAAAAAAAB4/eEOKeSzy9zs/s320/2.JPG
http://1.bp.blogspot.com/-poIbtQAqZhY/TeXy9J5NfqI/AAAAAAAAABw/q87CHV79MN0/s320/3.JPG

Bakso

Bahan Kuah

2 ulas bawang putih (diketuk)

Sedikit lada hitam (ditumbuk)

1 paket Perencah Sup Siam

Meatball secukupnya

4 cawan air

Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain

Mee megi

Sohon@su’un

Daun bawang (dihiris halus)

Daun sup (dihiris halus)

Bawang goreng (buat sendiri lg sedap)

Cili api (dikisar bersama gula dan garam)

Kicap

Sos cili (xletak)

Cuka (xletak)

Caranya

Tumis bawang putih dan lada hitam. Kemudian masukkn air dan perencah sup siam. Biarkn mendidih kemudian masukkan meatball. Garam jgn lupa yer.. Untuk mee megi dan su’un tu boleh rebus/celur je. Toskn. Cili api tu kisarkan bersama gula dan garam. Siap!! Boleh la dihidangkn bersama bawang goreng, kicap, sos dan cuka. Selamat mencuba...



http://4.bp.blogspot.com/-W2b1Yw5z4PU/TeXvID0AjUI/AAAAAAAAABo/9a-ZxXwJLD8/s320/4.JPG
http://1.bp.blogspot.com/-Dcr4c01cYvY/TeXvH5RaUCI/AAAAAAAAABg/01rnEQZPh0w/s320/comb%2B67.jpg

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar